Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru
Sekolah Kebangsaan.
Christina Andin @ Nur Qistina Binti Abdullah& Hazman Bin Ali
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan guru-guru di enam buah sekolah di Daerah Manjung sekitar Zon Pantai Remis Beruas. Sampel kajian seramai 120 orang yang mewakili keseluruhan populasi terlibat dalam penyelidikan ini. Data prima yang dikumpul dengan menggunakan instrument soal selidik dan dianalisis dengan komputer menggunakan perisian “Statistical Package of the Sosial Sciences” (SPSS). Analisis dibuat secara kaedah statistik deskriptif
iaitu dalam bentuk kekerapan dan peratus. Hasil daripada penyelidikan ini menunjukkan tahap pengetahuan ICT di kalangan guru adalah agak tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran,tetapi tahap kemahiran ICT di kalangan guru-guru pula adalah rendah .
Guru juga mempunyai sikap yang positif dalam penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan guru-guru tidak mengalami masalah yang serius untuk menggunakan ICT dalam pengajaran mereka .
Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang pendidik menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih mudah dan menyeronokkan.Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Untuk itu beberapa perubahan kurikulum telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matapelajaran Teknologi Maklumat (IT) mula di perkenalkan oleh KPM sebagai matapelajaran pilihan di sekolah menengah bermula pada penghujung tahun 1998.
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1. Untuk mengenalpasti tahap pengetahuan guru-guru sekolah kebangsaan terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Untuk mengenalpasti tahap kemahiran guru-guru sekolah kebangsaan terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Untuk mengetahui sikap guru-guru tentang penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru terhadap penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Rumusan Hasil Kajian
1. Maklumbalas daripada guru-guru dalam bahagian A iaitu latar belakang guru-guru yang diterangkan secara menyeluruh. Seterusnya di susuli dengan perbincangan bahagian B mengenai aspek pengetahuan guru-guru sekolah kebangsaan terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala bahagian C mengenai kemahiran guru-guru sekolah kebangsaan terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bahagian D pula berkaitan dengan sikap guru-guru dan masalahmasalah yang dihadapi oleh guru-guru terhadap penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran .
2. Penggunaan makmal komputer oleh guru-guru memang menggalakan iaitu boleh dikatakan hampir keseluruhan pernah menggunakan makmal komputer di sekolah untuk tujuan penagajaran dan pembelajaran .
3. Penguasaan pengetahuan ICT merupakan prasyarat bagi seseorang guru untuk menguasai lebih banyak ilmu pengetahuan pada zaman globalisasi ini. Guru perlu mempunyai pengetahuan yang
baik dalam ICT bagi melaksanakan tugastugas peribadi atau pengurusan dan sebagai satu kelebihan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah .
4. Kajian ini mendapati bahawa guru-guru banyak pengetahuan dalam aspek penggunaan perisian pemprosesan perkataan (Microsoft Word) dan pencarian maklumat melalui internet. Ini selaras dengan kajian Lim Bee Yeok (2008) menyatakan guru-guru mempunyai pengetahuan yang tinggi terutama dalam perisian pemprosesan perkataan kerana mereka kerap menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan mereka .
PERMASALAHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGARAJARAN& PEMBELAJARAN.
1.Walau bagaimanapun guru-guru tiada pengetahuan dalam aspek yang berkaitan tentang fungsi dan penggunaan Microsoft Frontpage. Mungkin guru-guru kurang menggunakan perisian ini, kerana penggunaan Microsoft Frontpage hanyalah bertujuan untuk membina laman web. Kekurangan dalam aspek ini boleh mengakibatkan guru-guru kurang mahir membina laman web dengan menggunakan Microsoft Frontpage .
2. Guru-guru kurang mahir membina laman web dengan menggunakan Microsoft Frontpage.
HARAPAN .
1. Guru-guru sendiri perlulah mengambil inisiatif dengan meningkatkan lagi pengetahuan serta memperkukukan kemahiran mereka selaras dengan perubahan paradigma dalam sistem pendidikan kini.
2. Guru-guru kurang mahir membina laman web dengan menggunakan Microsoft Frontpage.
HARAPAN .
1. Guru-guru sendiri perlulah mengambil inisiatif dengan meningkatkan lagi pengetahuan serta memperkukukan kemahiran mereka selaras dengan perubahan paradigma dalam sistem pendidikan kini.
2. Pihak sekolah perlu mengadakan kursus-kursus dalam serta guru-guru itu sendiri perlu mempertingkatkan pengetahuan mereka .
Rujukan
Azmi Hj. Maad dan Norhayati Isa (2000). Peranan Guru Dalam Era IT. Arussains. Kuala Lumpur :
Arus Intelek Sdn. Bhd. m.s. 2-5.
Balakrishnan,M.(2002). Penggunaan Computer Oleh Guru Pelatih: Dahulu, Sekarang Dan Harapan
Masa Depan. Seminar teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan,Maktab
Perguruan Batu Lintang.
Dupange, M.& Krendl,K.A. (1992). Teachers’ Attitudes Towards Computers. A review of the
literature. Computer educatian.
Ee Ah Meng (1989). Pendidikan di Malaysia. Fajar Bakti. Kuala Lumpur
Ekhwan bin Besah / Sitam (2004). Kemahiran Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Daerah Batu Pahat
Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Universiti Teknologi
Malaysia. Tesis Sarjana Muda
Geisert & Futrell, (1990). Teacher, Computer And Curriculum-Micro Computer In The Classroom.
Boston: Allyn and Bacon.
No comments:
Post a Comment