Penggunaan PBBK(Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer)
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa asing: Satu tinjauan awal.
Afendi Hamat
Mohd. Shabri Yusof
Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia .
Setelah di amati dan di hayati , maka dapatlah di fahami dan di huraikan bahawa, Penggunaan PBBK (Pembelajaran Bahasa Berbantukan komputer)dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa asing: Satu tinjauan awal. adalah mempunyai pro dan kontra . melalui jurnal ini dapat di singkap dan di huraikan permasalahan dan produktiviti .
Satu kajian awal yang respondennya terdiri daripada 40 orang guru bahasa Arab dari sekolah agamaberasrama penuh di Malaysia iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang, Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Kajang dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan,Labu. Kajian dikendalikan menggunakan tinjauan.dan bagi tujuan pengumpulan data,borang soal-selidik telah diedarkan kepada subjek kajian yang dipilih dan seterusnyadata ini dianalisis secara deskriptif. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui skop penggunaan komputer di kalangan guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasaArab di sekolah yang dipilih di atas. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada guru-guru yang mengajar bahasa Arab tentang persepsi, tahap kesediaan dan peranan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berbantukan komputer. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa guru mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap PBBK.
Para guru juga telah menunjukkan kesediaan yang tinggi untuk menghadiri apa jua bentuk latihan yang berkaitan dengan PBBK bagi memastikan agar ianya dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Di bahagian akhir, pengkaji telah menyarankan beberapa cadangan untuk penggunaan PBBK dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berdasarkan dapatan kajian.
Para guru perlu memastikan objektif mereka ketika PBBK di mana guru perlu jelas mengapa penggunaan komputer dalam pembelajaran bahasa lebih berjaya jika dibandingkan dengan pembelajaran bahasa secara tradisional. Alasan menggunakan Internet juga harus merangkumi pelbagai aspek diantaranya untuk meningkatkan lagi motivasi pelajar terhadap pembelajaran bahasa disamping menigkatkan lagi penguasaan terhadap penggunaan komputer. Guru juga perlu pastikan bahawa aktiviti yang dijalankan melalui komputer adalah aktiviti yang menarik yang tidak dapat dilakukan melalui buku teks.
Matlamat Kajian
Matlamat kajian ini dijalankan ialah untuk:
1. Mengetahui skop penggunaan komputer di kalangan guru dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Arab di sekolah yang dipilih.
2. Mendapatkan maklum balas daripada guru tentang tahap kemahiran, persepsi, tahap kesediaan dan peranan mereka dalam P&P bahasa Arab dengan menggunakan PBBK.
3. Mengutarakan cadangan-cadangan yang berkaitan dengan penggunaan komputer dalam P&P bahasa Arab berdasarkan hasil kajian .
Cadangan Kajian
1. Para guru perlu diberi pendedahan, latihan dan kursus-kursus kemahiran penggunaan komputer secara optimum yang berterusan oleh pihak yang bertanggungjawab seperti Kementerian Pendidikan dan Bahagian Pendidikan Guru supaya para guru sentiasa mendapat informasi terkini dan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan diikuti dengan pengaplikasian teknologi dalam P&P mereka .
2. Untuk implementasi PBBK dengan berkesan di sekolah, pihak-pihak yang terlibat perlu memikirkan insentif yang bersesuaian kepada para guru sebagai satu galakan dan motivasi kepada mereka supaya mereka tidak merasa tertekan dan terbeban dengan tanggungjawab yang diberi .
3. Kementerian Pendidikan hendaklah melengkapkan sekolah dengan kemudahan prasarana yang secukupnya bagi menjana teknologi maklumat supaya para pelajar dan guru mendapat faedah yang maksimum dalam pengajaran dan pembelajaran mereka bersesuaian dengan arus masa kini .
Kesimpulan
Daripada kajian yang telah dijalankan dan berdasarkan pemerolehan data yang diperolehi, dapat dibuat kesimpulan bahawa walaupun skop penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab adalah di tahap minimum, namun guru-guru bahasa Arab mempunyai persepsi yang sangat baik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berbantukan komputer di mana 100% daripada para guru percaya bahawa PBBK dapat meningkatkan mutu pengajaran mereka dan meningkatkan kemahiran pelajar terhadap bahasa Arab dan lebih 90% menyatakan bahawa mereka percaya yang PBBK dapat menjimatkan masa dan tenaga dan memudahkan proses pengajaran mereka .Oleh yang demikian, bagi meningkatkan lagi tahap pemahaman mereka terhadap PBBK ini supaya ia dapat dilaksanakan dengan jayanya, para guru bahasa Arab mempunyai tahap kesediaan yang amat tinggi untuk menghadiri sebarang kursus yang akan dikendalikan oleh pihak yang bertanggungjawab .
komen
Dengan era globalisasi dan penggunaan internet yang semakin berkembangan , jalur lebar dan pengguna yang efisyen sekarang ini , maka amat bersesuaian PBBK dapat meningkatkan pembelajaran dan pengajaran bahasa arab berbantukan komputer di sekolah .
literasi dan penggunaan komputer harus di selarikan dalam era pendidikan Global bersesuaian dengan matlamat kerajaan dan negara .
Dengan era globalisasi dan penggunaan internet yang semakin berkembangan , jalur lebar dan pengguna yang efisyen sekarang ini , maka amat bersesuaian PBBK dapat meningkatkan pembelajaran dan pengajaran bahasa arab berbantukan komputer di sekolah .
literasi dan penggunaan komputer harus di selarikan dalam era pendidikan Global bersesuaian dengan matlamat kerajaan dan negara .
No comments:
Post a Comment