PERANAN ICT DALAM PENYEBARAN DAKWAH DALAM ERA
GLOBALISASI
Prof. Madya Dr Syed Muhammad Dawilah al-Edrus
Pengarah Pusat Islam,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Ustaz Mohd. Lutfi Solehan
Penolong Pendaftar, Fakulti Pengurusan Teknologi,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Berdasarkan pemahaman saya , dapat lah saya rumuskan berkaitan dengan isu yang di globalisasikan ini . dan saya telah menyimpulkan bahawa. beberapa perkara ini telah saya rumuskan .
DEFINISI DAKWAH
Dari segi bahasa Dari segi bahasa " dakwah" adalah ambilan daripada perkataan arab dan merupakan
masdar (kata benda) dari kata kerja da'a yad'u yang berarti panggilan, seruan atau ajakan.
Kegiatan menyeru dan membimbing (mendidik) serta meyakinikan secara baik dalam usaha mempengaruhi orang lain supaya menyedari dan mengamalkan ajaran agama Islam. Patuh kepada ajaran agama islam dengan lebih sempurna. (sebagaimana yang kelihatan pada tingkah laku dan pergaulan dan cara berpakaian moden sekarng ini sudah berdakwah .
Dakwah merupakan satu amanah Ilahi yang bersifat mulia atau sakral. Pekerjaannya diwariskan oleh Allah kepada para anbiaya' dan awlia' dari satu generasi ke generasi.Dakwah dan hikmah merupakan dua kalimat sinonim yang sarat dinukilkan di dalam alQuran yang dikaitkan dengan kualiti ulu al-bab para pendakwah.
Dalam konteks pemikiran semasa (fikrah almu'asirah)yang bertanggungjawab melakukan dakwah adalah tugas ummat Islam yangtiada sebarang pengecualian.
Justeru penggunnaan ICT sesuatu yang releven dan penting digunakan bagi mempertingkatkan keberkesanan penyebaran dakwah kepada khalayak yang lebih ramai. Inilah satu daripada kaedah dakwah dalam menghadapi cabaran dan gugatan kerakusan serangan globalisasi kini .
Berdakwah: Menjalankan kegiatan menyebarkan agama (islam) dan ajaran-ajaranya.
Mendakwahkan :Menyebarkan dan mengajarkan ajaran agama.(Lazimnya dimaksudkan ajaran agama
islam:rasulullah mendakwahkan islam sebagai al-din yang menjamin tamadaun manusia)
Pendakwah :Orang (golongan) yang berdakwah.
Secara ringkasnya hukum berdakwah terbahagi lepada dua, iaitu fardu Ain dan fardu Kifayah. Walau bagaimanapun pendapat kebanyakan ulamak menyatakan hukum berdakwah adalah wajib hukumnya bagi setiap individu .
Teknologi Maklumat boleh disimpulkan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemproesesandan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yangmembolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas .
Di Malaysia sejak dari dahulu lagi dakwah Islamiah telah disampaikan melalui lisan dan tulisan yang disebarkan kepada individu dan kumpulan, secara bersemuka atau menerusipenyebaran bahan-bahan tulisan dan sebagainyaOleh yang demikian, Dalam perkembangan di alaf baru kini, teknologi maklumat (ICT)telah menjadi medium terpenting dalam komunikasi. Dilihat kepada perkembangan
Internet umpamanya, perbezaan nisbah kuantiti laman web dan blog agama selainIslam,telah mengatasi bilangan web dan blog Islam itu sendiri. Justeru itu,telah menjadi tanggungjawab para Pendakwah,untuk membina lebih banyak laman web danblog,seperti yang dilakukan oleh Dr. Yusuf al-Qardawi .
DARI SUDUT POSITIF
Kehadiran teknologi multimedia adalah anugerah istimewa kepada dunia dakwah. Tugasberdakwah menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media.Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini.Selain itu, urusan dakwah juga dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multimedia ini.
DARI SUDUT NEGATIF
ICT mempunyai pengaruh dan banyak bahan asing dari luar negara yang dimuatkan dalam media tempatan. Daripada pengaruh ini terdapat unsur-unsur negatif yang menular masuk dalam budaya tempatan. Perkara ini akan menjadikan sesuatu dakwah yang hendak disampaikan tidak tepat dan mungkin akan dieksploitasi oleh fahaman-fahaman yang menyimpang dari ajaran Islam sebenar .
RUMUSAN
Seseorang Pendakwah haruslah kreatif dalam penggunaan mekanisme dakwah.Kemudahan ICT sepatutnya digunakan secara maksima dalam rangka dakwah yang sesuai dengan ajaran Islam.Mereka juga mestilah mempunyai kepakaran dan ilmu yang cukup dalam mengeksploitasi ICT.satu kelebihan untuk pendakwah untuk meranik minat golongan muda yang mahu mendapatkan ilmu secara terus " online " dengan kandungan dakwah yang mengikut landasan yang benar .
KOMEN
KOMEN
Banyak kelebihan dan saya menyokong penuh peranan ICT dalam peyebaran dakwah dalam era Gloobalisasi sangat bermanfaat dan boleh di aplikasikan dengan baik . Dengan sasaran yang telus kepada golongan yang benar terutama golongan muda dan generasi IT maka ,para pendakwah harus memanipulasi dan memanfaatkan idea dan bahan untuk di kongsi secara bersama . secara total saya menyokong penuh penggunaan Bahan dakwah melalui talian internet .
No comments:
Post a Comment